.
Kepada sesiapa yang ada akaun Skype tu,
anda kena berhati-hati.
Sangat berhati-hati.
Lebih-lebih kalau yang ada beli kredit dia tu untuk telefon rumah etc.
Sistem sekuriti Skype AMAT MUDAH diceroboh.
Jangan pelik kalau tiba-tiba kredit anda yang pada asalnya ada 5000yen,
tinggal jadi 30 yen sahaja.
Itu kes pertama.
Kalau yang beli kredit dia pakai kad kredit tu,
baik stop.
Buang semua maklumat kad kredit dalam akaun Skype anda.
Lebih selamat kalau beli kat convenient store.
Walaupun leceh sikit, nak kena kayuh basikal semua,
tapi yang penting, SELAMAT.
Dan anda juga akan jadi lebih sihat,
kerana dapat bersenam sambil pegi beli kredit Skype.
Kalau tidak,
anda akan didatangi bil kad kredit,
dengan tercatat transaksi pembelian yang tak pernah anda lakukan,
dan bukan sedikit jumlahnya.
Ingat,
biar penat, asal selamat.
Itu kes kedua.
Kalau anda beli menggunakan kaedah transaksi internet yang lain,
seperti Paypal etc,
anda dinasihatkan untuk membeli melalui cara yang lebih selamat.
Seperti dinyatakan di kes kedua tadi.
Itu kes ketiga.
Sekian.










