salam ramadhan dr jauh

tadi kan lepas lunch, aku baring sekejap kat katil.ingat nk baring2 kejap je, skali tertido terus.tengah sedap tido tu, tiba-tiba aku terjaga dan seolah2 macam terkejut dengan sesuatu dan aku terus bangkit duduk.hati aku berdebar2.tiba rasa sedih sangat2, rasa nak menangis.aku rasa rindu sangat2 kat rumah, rindu macam dah 10 tahun dah tak balik.sedangkan baru je balik aritu.makin aku fikirkan kenapa aku rasa macam tu, makin sedih rasa hati aku.entah la.aku pun tak tahu kenapa.

lepas aku ambik wuduk baru rasa tenang sikit.kemudian aku teringat yang sebelum tertido tadi aku ada berborak dengan junior2 ku pasal puasa kat sini.and aku tadi baru jugak anta ucapan2 salam ramadhan untuk kawan2 aku.jd aku rasa sedih tu mungkin sebab terkenangkan yang puasa dah dekat.mungkin esok.aku rasa sedih sebab tak dapat puasa dengan family kat rumah.dan kalau masuk tahun ni, 2 tahun lah aku tak puasa dan raya dengan family.time puasa ni pun kitorang ada exam.abis exam aku ada lawatan plak ke tokyo seminggu.pastu raya nanti pulak hari rabu.time kelas.memang tak raya la kitorang tahun ni.tahun lepas ok lagi sebab hari sabtu.boleh kumpul ramai2 sambut raya.

aku sedih bila teringatkan yang aku tak dapat tolong family aku buat persiapan raya.biasanya raya aku la yang paling sibuk.malam sebelum raya tu memang tak tido aku dengan mak aku.pagi pegi sembahyang raya dengan mata merah, bengkak je.tapi aku tak kisah.aku gembira dapat tolong mak aku.aku rindu nak pegi jalan raya, especially dengan kawan2.ramai2 pegi serbu rumah member2, cikgu2.rindu giler.time bulan puasa ni rindu nak g bazar.rindu nak bukak puasa, sahur dengan family.rindu semuanya.tak tahu lagi berapa tahun baru aku dapat rasa semua tu balik.huhu..

ayah, umi, dan adik2 ku yang lain, abang nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, dan selamat berpuasa.abang mintak maaf atas segala salah dan silap abang, halalkan segalanya ok.abang mintak maaf sebab tahun ni pun tak bersama time puasa dengan raya.doakan kejayaan abng kat sini eh.abang doakan semoga semua kita beroleh nikmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

kepada kawan2 ku, aku pun nak mintak maaf atas segala kesilapan aku.halalkan segalanya kalau ada terambik, termakan, terminum, terumpat etc..0-0 k?aku harap semoga ramadhan tahun ni lebih baik drpd yg sebelumnya buat kita semua.


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya
(dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: “Dimanakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Advertisements

One Response to salam ramadhan dr jauh

  1. kamenr says:

    :’) such an honest post.
    selamat berpuasa juak buat kau d jepun.this year is my 4tth year puasa d jordan. tp sib bait dpt posa d kch stgh blan^^ hehe~
    aku pun mintak maaf juakla if ever i did sth wrong or mightve nyakitkan ati kau secara sengaja atau tidak. 0-0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: